• Strictly In Love

Strictly In Love

by: Kynn Latif
BX Price:
RM 9.90

RRP: RM 27.00

Savings: RM 17.10 (63%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Damia Huda - Dia memiliki segala-galanya. Apa sahaja yang dia inginkan bisa dia kecapi. Namun, cinta yang cuba digapai tidak pernah menjadi miliknya. Dia hanya memiliki jasad lelaki itu sahaja. Tetapi tidak hati dan cinta lelaki itu. Walaupun dia berusaha sedaya upaya untuk menggapainya, dia tetap kecundang.

"Walau datang sehebat mana sekalipun lelaki itu dalam hidup saya, cinta saya pada awak tidak berubah. Tak pernah tak akan dan tak mungkin akan berubah sedikit pun

Darwisy Malik - Pemuda kampung yang begitu taat kepada kedua dua ibu bapanya. Dia tersepit antara cinta dan budi yang telah ditaburkan. Berkah win dengan wanita yang tidak dicintainya itu seakan-akan menjerut perasaannya. Perlukah dia korbankan perasaannya demi insan yang dipanggil bapa?

"Saya tak cintakan awak. Sedikit pun tidak. Saya tak punya apo-apa perasaan pada awak Tapi saya tak tahu kenapa saya buat kerja bodoh ini."

Adlan - Dia jatuh cinta buat kali kedua dengan wanita itu hanya kerana wanita itu seiras seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya suatu masa dahulu. Dia tidak tahu sama ada dia cintakan wanita itu hanya kerana apa yang wanita itu miliki atau kerana dia sememangnya mencintai wanita itu dengan setulus hati

"Bila aku lihat dia, aku ingatkan yang aku pandang itu adalah arwah isteri aku

Mereka bertemu tanpa dirancang Dan tanpa dirancang juga mereka bertiga saling berkait Dapatkah Damia merebut hati dan cinta milik Darwisy yang dicintainya setelah cintanya melalui pelbagai halangan dan rintangan? Dapatkah Darwisy menerima Damia yang telah menjadi isterinya saat hati mula berbelah bahagi antara keluarga. Damia dan cinta tama? Adakah Adian akan jatuh cinta kepada Damia yang seiras isterinya?

Dan, cinta siapakah yang akan terjerumus dalam Strictly In Love?

view more

Donate this book to your selected Charity