Skandal Libero

BX Price:
RM 6.90

RRP: RM 20.00

Savings: RM 13.10 (66%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Sepakannya padu, penyudahnya tajam, dan gelecekannya juga mengagumkan. Sebagai seorang pemain kebangsaan dan memakai lilitan kapten, tiada apa yang lebih penting berbanding kejayaan pasukan kebangsaan di pentas kejohanan Asia Tenggara tatkala negara masih bermimpi untuk muncul berentap di kejohanan dunia. Di kala itu, Andrea terus menagih perhatian Zharif hinggakan rela mempertaruhkan harga dirinya kerana inginkan cinta kapten kebangsaan itu. Susur karier Zharif terhunjam dek kerakusan cinta Andrea, lalu menyebabkan pelbagai masalah timbul menerpa. Kes khalwat antara Zharif dan Andrea yang diuruskan Nusaibah terganggu dek desakan pihak atasan supaya kes itu didiamkan. Tanpa disangka Zharif pula tersepit di tengah-tengah pergeseran orang kuat FAM sehingga menjadi buruan pihak berkuasa. Hal ini memaksa dia melarikan diri mendapatkan perlindungan daripada seorang tabligh. Tabligh itu membawanya merantau menjauhkan diri pengetahuan masyarakat penggila bola sepak negara. daripada Liku-liku yang ditempuh menjadikan diri Zharif terpencil jauh daripada gah seorang pemain bola sepak profesional, namun minat dan jiwanya yang lama dipertaruh dalam arena bola sepak tidak pernah putus menyucuk semangatnya untuk kembali ke arena bola sepak tanahair.

view more

Donate this book to your selected Charity