Siri Cerita Hantu: Puaka PKP (2020)

BX Price:
RM 10.00
NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Kerana degil, seorang penduduk melangsungkan majlis perkahwinan anaknya tanpa menghiraukan pandemik Covid-19 yang sedang melanda. Ditakdirkan pasangan pengantin telah pun dijangkiti dan virus maut itu mula tersebar peada tetamu yang bertandang.

Kuarters Sri Bukit menjadi zon merah dan diletakkan di bawah arahan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) kerana beberapa penduduknya yang mengunjungi majlis perkahwinan tersebut sudah positif Covid-19. Naum, kuarters kerajaan yang terpencil itu mula memeningkan pihak polis dan tentera apabila beberapa penduduknya mulai hilang tanpa dapat dikesan biar pun di bawah kawalan ketat. Dan semakin hari, semakin ramai penduduk yang hilang.

Akif, seorang remaja yang tinggal di kuarters itu melihat makhluk aneh di salah satu blok kuarters itu yang tidak didiami. Dia yakin, makhluk berbadan manusia dan berkepala babi tunggal itu yang menjadi punca kehilangan penduduk di situ. Dan dia semakin pasti apabila mengetahui hutan tebal di belakang kuarters itu rupanya menyimpan satu kisah ritual misteri. Kerana berlaku satu tragedi, Akif bertekad untuk bersemuka dengan makhluk itu. Apakah sebenarnya makhluk aneh itu? Adakah Akif berjaya membongkar misteri kehilangan penduduk Kuarters Sri Bukit, atau dia sendiri yang akan menjadi mangsanya.

view more

Donate this book to your selected Charity