Sinar Kasih

BX Price:
RM 2.90

RRP: RM 17.90

Savings: RM 15.00 (84%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

KEPERITAN hidup gadis yatim piatu bernama Lili Zafira membuatkan dia tabah, mengharungi dugaan hidup. Walaupun dipelihara oleh bapa saudaranya, Haji Adam, namun kehadiran Lili Zafira di dalam keluarga itu tidak disenangi oleh emak saudaranya Puan Zaiton dan anaknya Amira. Perwatakan dan wajah yang cantik dimiliki Lili Zafira membuatkan Amira sering mencemburuinya. Walaupun pintar dalam pelajaran, namun Amira seing mendera Lili Zafira melakukan pelbagai kerja rumah menyebabkan tumpuan Lili Zafira terhadap pelajaran terjejas. Semuanya berubah apabila Amira nengenali Zahir. pemuda playboy di Kampung Matang. Zahir sebenarnya menaruh hati pada Lili Zafira, namun Lili Zafira tidak pernah melayaninya. Amira disahkan mengandung akibat perbuatan terkutuknya bersama Zahir. Hal ini membuatkan perasaan cemburu Amira semakin membuak-buak. Pelbagai helah diatur oleh Zahir dan rakan baiknya, Adli untuk memerangkap Lili Zafira. Mereka merancang sesuatu untuk memperdayakan Lili Zafira. Namun Lili Zafira diselamatkan oleh seorang pemuda bernama Syamil Daniel. Malang tidak berbau, Amira telah melihat kejadian itu dan menabur fitnah mengatakan Lili Zafira dan Syamil Daniel melakukan khalwat. Lili Zafira terpaksa dikahwinkan dengan Syamil Daniel, anak seorang hartawan terkenal di Kuala Lumpur. Perkahwinan Lili Zafira dan Syamil Daniel tidak bahagia. Syamil Daniel telah menuduh Lili Zafira perempuan mata duitan. Hidupnya semakin tertekan apabila Syamil Daniel tidak mengakui anak dalam kandungannya itu adalah zuriatnya. Lili Zafira nekad melarikan diri setelah melihat Syamil Daniel keluar dengan perempuan lain. Dia ingin membina hidup baru dan berjaya merubah bernama disangka membuatkan dia bertemu semula dengan Syamil Daniel Kehadiran Fira membuatkan hidup Syamil hidupnya sebagai Fira. Namun pertemuan yang tidak model terkenal Daniel lebih bermakna. Dapatkah Lili Zafira menyembunyikan identitinya disebalik nama Fira, model terkenal. Bagaimana pula dengan Syamil Daniel yang masih mendambakan sinar kasih dari isterinya yang telah lama menghilang?

view more

Donate this book to your selected Charity