Selingkar Kisah

BX Price:
RM 4.90

RRP: RM 16.90

Savings: RM 12.00 (71%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

HIDUP ini umpama roda, kadangkala di atas dan kadangkala di bawah. Begitulah yang terjadi kepada Zamizah yang bergelar yatim piatu sejak kecil. Dia ditinggalkan di pintu surau di Kampung Permatang Pauh sehingga dijumpai oleh Nenek Melah dan dipeliharanya seperti cucu sendiri. Kehidupan Zamizah terus dilanda derita setelah dituduh berkhalwat dengan suami orang. Zamizah terpaksa mengahwini Badaruddin, lelaki mata keranjang yang mahu memilikinya hanya kerana nafsu semata-mata. Malang tidak berbau. Badaruddin mula berubah sikap setelah mengenali janda bernama Hatipah yang datang ke kampung itu sebagai pengandam pengantin. Zamizah diceraikan tanpa alasan yang kukuh kerana cinta Badaruddin sudah beralih kepada Hatipah yang tidak diketahui asal usulnya. Keperitan hidup Zamizah semakin ketara apabila Badaruddin tidak menghiraukan keluarganya. Dla tidak pulang ke rumah lagi. Zamizah terus keluar mencari Badaruddin di rumah Hatipah bersama dua orang anaknya. iaitu Zanika dan Noi namun Zamizah tidak pulang selepas itu. Manan anak lelaki Zamizah telah melaporkan kehilangan emaknya kepada ketua kampung. Beberapa hari kemudian mereka menjumpai Zamizah di pondok bas dalam keadaan tidak sedarkan diri. Akibat kejadian itu, Zamizah mengalami trauma yang berpanjangan. Kesimpulannya, apakah yang berlaku kepada Zamizah? Dan apa pula yang terjadi kepada Zanika dan Nol yang hilang bersama emaknya. Bagaimana pula kehidupan Manan setelah Zamizah traumal Mampukah kebahagiaan dikembalikan semula?

view more

Donate this book to your selected Charity