Sebening Rindu

BX Price:
RM 4.90

RRP: RM 15.00

Savings: RM 10.10 (67%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

PERIT rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Di mana kasih, sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak di hati? Nazatul... gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah penyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan si dia? Kamarul.. cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi. Namun, tuntutan tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih menggenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar. Faizal... punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status 'metrosexual guy' yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa sahaja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya. Iryanti... gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidupnya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang di hatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagiaan itu?

view more

Donate this book to your selected Charity