Puteri Karla

BX Price:
RM 6.90

RRP: RM 23.00

Savings: RM 16.10 (70%)

We will email you as soon as possible as the product is available again

DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

PRODUCT OVERVIEW

product description

“Puteri Karla, usah membantah apa yang telah bonda dan ayahanda rancangkan. Ini untuk kebaikan anakanda. Dengan perkahwinan anakanda, sekurang-kurangnya ada tempat untuk rakyat jelata bergantung harap.” Yang sering diimpikannya adalah Putera Raja yang kacak, tinggi lampai dan gagah perkasa. Yang tangkas bermain pedang. Yang hebat menunggang kuda. Bukan putera raja yang pendek dan tidak dikenali itu. Argh… Demi kesejahteraan Laikra, hidupnya perlu menjadi taruhan. Dia tidak mahu mengikut kehendak bonda dan ayahandanya. Mana mungkin dia mengahwini lelaki yang bukan pilihan hatinya. Tidak mungkin. Hanya satu penyelamatnya, melarikan diri. Ya… itu saja pilihan yang tepat untuk Puteri Karla. Dengan bantuan Jenna, maka bermulalah pengembaraan yang tidak pernah terfikir akan ditempuhinya. Semakin jauh dia menghilangkan diri, semakin dekat dia dengan satu rahsia yang sekian lama tersimpan. Kepercayaan terhadap sahabat kecilnya mengheret Puteri Karla itu ke alam sihir ciptaan Cassondra hinggakan dirinya terjerat dalam dendam yang sudah seratus tahun tercipta. Pengembaraan itu jua menemukan dia dengan Tuan Eldon yang aneh dan Alex yang membuatkan jiwa wanitanya bergetar hebat tika mata saling berpandangan. Mengapakah Puteri Karla yang dibawa untuk berdepan dengan kuasa sihir itu? Siapakah sebenarnya Cassondra, Tuan Eldon dan Alex? Mampukah Puteri Karla membela nasib rakyatnya? Wujudkan putera idaman yang diidamkannya selama ini?

view more

Donate this book to your selected Charity