Masih Ada Cinta

BX Price:
RM 2.90

RRP: RM 22.90

Savings: RM 20.00 (87%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

KASIH sayangnya tidak bertepi... cintanya jangan sesekali diragui kerana baginya, sekali mencintai bermakna selama lamanya menyayangi. Yasmin Suraya sanggup mengorbankan apa sahaja demi kasih dan sayang... demi cintanya. Pengor banannya terlalu tinggi untuk digapai... terlalu dalam untuk diselam. Pengorbanan demi satu tuntutan. Tuntutan maruah keluarga. Janji membina mahligai impian bersama pujaan hati terpaksa dilupakan lantaran dipaksa kahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. Yasmin Suraya pasrah. Mungkin itu adalah takdirnya. Lalu Kamarul Hisham membawa diri ke luar negara bersama hati yang luka lara. Meski pun tidak menyintai, Yasmin Suraya berazam menjadi isteri yang terbaik kepada insan yang bergelar suami. Namun, mahligai yang dibina tidak seindah mimpi. Perkahwinan yang dihiasi dengan kehadiran cahaya mata itu, bagaikan mimpi ngerinya. Insan yang bergelar suami itu tidak pernah memberi kannya cinta. Yasmin Suraya sengsara. Dan takdir telah merentap segala-galanya apabila kemalangan telah membawa suaminya pergi dan dirinya hilang ingatan serta lumpuh. Kamarul Hisham balik menebus kekecewaan lalu. Luka lapan tahun yang masih bernanah. Yasmin Suraya perlu ditak luki, Namun, semuanya sia-sia. Yasmin Suraya sedikit pun tidak mengenali, apatah lagi mengingati kisah silam mereka. Penderi taan Yasmin Suraya menyakitkan Kamarul Hisham. Dan kali ini dia akan pastikan, cintanya tidak berlalu pergi sekali lagi.

view more

Donate this book to your selected Charity