Kronikel Etanol

BX Price:
RM 4.90

RRP: RM 24.20

Savings: RM 19.30 (80%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Dr. Majmin ditugaskan untuk menyiasat serangan serangga perosak di ladang tebu. Kerosakan dan kemusnahan tanaman tebu bermakna akan membawa kesan terhadap sumber untuk menghasilkan etanol yang digunakan sebagai bahan bakar. Penyiasatan membawa Dr. Majmin ke Perlis, yang kemudian menemukannya dengan suatu kejadian pelik, iaitu kemunculan ulat yang memusnahkan ladang tebu di Chuping hanya dalam satu malam kemudian hilang tanpa dapat dikesan.

Kemunculan Azren atau Farouk yang menghadapi masalah kecelaruan identiti telah menjawab persoalan serangan ulat ini. Bermula dengan menawan seorang anggota polis, sikap Azren bertambah aneh apabila dia bercakap sendirian, yang sebenarnya gejala halusinasi Azren. Kamalia muncul, kemudian bergabung dengan Majmin untuk melakukan penyiasatan di ladang tebu. Keadaan ini menimbulkan kemarahan Azren.

Pelbagai insiden berlaku di ladang tebu ini. Anggota polis mati secara misteri; sebahagian tebu mempunyai komposisi asid yang berlebihan; pencerobohan, kemalangan demi kemalangan; kadar radio aktif yang tinggi dikesan, sehingga membawa kepada tindak-tanduk Farouk yang mula dicurigai. Kegiatan jahat Farouk/Azren dapat ditumpaskan, dan ini membolehkan penyelidikan diteruskan.

view more

Donate this book to your selected Charity