• Kau Yang KuSayang

Kau Yang Kusayang

by: Fieyza Fadlina
BX Price:
RM 9.90

RRP: RM 25.00

Savings: RM 15.10 (60%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Syazril dan Syafiza, pertemuan pertama mereka sungguh haru-biru.

Boleh pula mereka buat kecoh di tengah-tengah orang ramai di sebuah pasar raya.

"Oi Buta ke?"
"Err... maat, encik. Saya tak perasan encik ada kat depan tadi."
"Tak perasan? Mata awak letak kat mana? Kat lutut?"
"Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!"
"Apa?Apa kau cakap?"
"Eh, saya cakap apa? Saya tak ada cakap apa-apa pun.
"Namun, kalau sudah dikatakan jodoh, maka lari ke mana pun, memang akan bertemu jua. Mereka bersatu kerana;

- Cellicia, si bakal pengantin tanpa rela Syazril melarikan diri di saat-saat akhir.

Syafiza pula terpaksa menerima pinangan ekspres Datin Sharida, mama Syazril jika mahu abahnya menerima pinangan daripada kekasih adiknya selepas tempoh sebulan yang diberi kepada Syafiza dalam mencari calon suami berakhir.

Maka bermulalah hidup mereka yang tak berapa nak elok. Sekejap OK sekejap KO. Tak sampai sebulan diijabkabul, Syafiza dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta. Dunia dirasakan gelap seketika. Nasib baik dia punya Syazril sebagai penyokong kuat di belakangnya. Lalu bermulalah yang OK-OK tanpa KO-KO.

Kebahagiaan yang dikecapi rupanya bukan untuk selamanya. Benar seperti yang selalu dikatakan, orang akan iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Hubungan yang masih lagi baru dan dalam proses mengenali hati masing-masing, diganggu insan yang punya hati yang sangat busuk Kemunculan Cellicia dengan azam mahu memporak perandakan hidup Syazril dan Syafiza benar-benar mengacau-bilaukan keadaan. Sayang yang baru bermula, akan patahkah sebelum tumbuh suburnya ia?

view more

Donate this book to your selected Charity