• Kamus Doa: Panduan Lengkap Mencari Doa Dari A hingga Z

Kamus Doa: Panduan Lengkap Mencari Doa Dari A Hingga Z

BX Price:
RM 18.00

RRP: RM 29.00

Savings: RM 11.00 (38%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Doa adalah kekuatan bagi setiap Muslim, tetapi jika la tidak difungsikan dengan cara yang betul, maka kekuatan itu akan hilang yang tinggal hanya lafaz kosong tanpa makna dan tujuan kembalikanlah fungsi doa agar kita sentiasa mendapat jawapan yang pasti daripada Ilahi.

Doa adalah tali Allah. Doa juga adalah sebagai pengikat kita dengan Allah. Sebagai hamba yang kekal bersifat lemah, manusia perlu sentiasa berhubungan dengan Allah yang Maha Perkasa. Sungguh indah perhubungan antara hamba dengan Tuhannya itu.

Dia begitu hampir dan tidak pernah bercerai kerana penghubungnya adalah doa yang penuh keyakinan bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Allah SWT amat suka hambanya yang berdoa dan akan menjawab doa-doa hambanya yang soleh, ini tertulis dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepada Ku apabila dia berdoa.

Buku ini menampilkan koleksi lengkap doa doa yang dapat diamalkan setiap masa untuk kebaikan diri setiap Muslim dalam perhubungannya dengan Allah Yang Maha Besar. Terdapat juga dalil-dalil yang banyak menggambarkan begitu besarnya kelebihan berzikir dan berdoa. Termasuk di dalam buku ini doa doa para nabi, doa untuk amalan seharian, doa memohon keselamatan diri dan keluarga dan juga doa doa yang diambil dari kitab suci al-Quran. Dengan susunan mengikut abjad berdasarkan kata kunci perbuatan atau situasi, pastinya usaha mencari doa anda akan dipermudahkan lagi. Semoga usaha kita diberkati Allah SWT.

view more

Donate this book to your selected Charity