Cinta Yang Terakhir

by: ida nardiel
BX Price:
RM 6.90

RRP: RM 25.00

Savings: RM 18.10 (72%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Lyra Soraya dan Johan Fareez menjalin hubungan setelah Lyra Soraya patah hati dengan cinta palsu yang diberikan Syafizal. Dalam Lyra Soraya mahu melupakan Syafizal,Johan Fareezlah yang sentiasa ada untuk memberi semangat kepadanya. Daripada kawan biasa,hubungan mereka berdua naik satu anak tangga lagi.
"Saya rela asalkan awak tidak lagi jadi mangsa dia. Saya tak sanggup melihat awak bersama dia. Saya sayangkan awak."
Saat bahagia menyulam kasih,hubungan mereka diuji. Norhana tidak sedikit pun putus asa untuk terus memikat hati Johan Fareez. Dan muncul pula Atieyah yang mahu merebut kembali kasih Johan Fareez.
Dalam diam,Azhan Andrew,teman sepermainan Lyra Soraya menaruh hati terhadap Lyra Soraya. Dan dalam diam juga Lyra Soraya menyimpan rindu buat Azhan Andrew. Bagi Azhan Andrew kasih sayangnya buat Lyra Soraya tidak pernah berubah. Walau apa pun yang berlaku,kasihnya sudah termaktub buat Lyra Soraya. Itu dia pasti.
Mampukah Lyra Soraya dan Johan Fareez terus mempertahankan hubungan cinta mereka? Atau,badai yang menyapa,benar-benar meranapkan angan-angan yang mereka angankan. Mampukah Azhan Andrew terus memendam perasaan? Apakah perasaan Azhan Andrew akan dibalas Lyra Soraya? Mampukah mereka mengecapi cinta terindah yang mereka angankan? Dan cinta terindah itu,berpihak pada siapa?

view more

Donate this book to your selected Charity