Berani Tanpa Segan

BX Price:
RM 2.90

RRP: RM 20.00

Savings: RM 17.10 (86%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

RAMAI orang kata dia kebal, sebab itu dia berani menulis apa sahaja. Tetapi bagi Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih dikenali Dolah Kok Lanas @ DKL, dia menulis apa yang dirasakan perlu. Katanya:

“Saya tidak ada kekebalan, yang ada hanyalah kebenaran.”

Baik di media dalam mahupun luar negara, semua tulisannya – juga ceramah-ceramahnya di pentas global adalah berdasarkan kebenaran. Coretan dan kata-katanya adalah hasil penelitian selama berpuluh tahun sebagai wartawan, ahli politik, anggota kabinet dan diplomat.

Lahir dan memulakan pendidikan awal di Kelantan, DKL memasuki sekolah elit MCKK dan alumni Cambridge dan Harvard. Menerima latihan politik daripada Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, dia pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen, anggota cabinet dan Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tetapi, pengalaman paling menarik ialah sebagai wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times di mana dia memperoleh kemahiran menulis. Walaupun telah sepuluh buku dihasilkan, pena DKL tidak pernah tumpul. “Saya akan terus menulis,” katanya.

view more

Donate this book to your selected Charity