45% off
  • Apabila Mualaf Bertanya

Apabila Mualaf Bertanya

BX Price:
RM 12.00

RRP: RM 22.00

Savings: RM 10.00 (45%)

DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

16 units available

PRODUCT OVERVIEW

product description

Pengalaman individu mahupun secara berkumpulan menge nai pencarian agama anutannya yang sebenar ternyata begitu pelbagai sama ada dari segi proses ke arah itu mahupun tingkat penghayatannya.

Buku Apabila Mualaf Bertanya 40 Soal Jawab Mengenai Islam mengungkapkan koleksi pertanyaan yang pernah dibangkitkan oleh sebilangan mereka yang tidak pasti mengenai ajaran Islam. Berdasarkan pengalaman penulis yang pernah mengislamkan dan mendaftarkan lebih 1,000 orang mualaf sejak 1993, sudah tepat waktunya buku seumpama ini diterbitkan.

Pertanyaan ini bukan sahaja sering dibangkitkan oleh golongan mualaf yang baru mengenali Islam tetapi juga daripada non-Muslim yang sering diberi kefahaman salah mengenai agama suci ini. Koleksi pertanyaan yang dikemuka kan ini lazimnya berdasarkan ketidakfahaman, akibat salah faham ataupun sememangnya fakta kebenaran Islam itu sengaja diselewengkan.

Hakikat ini memberi isyarat kepada kita bahawa kebebasan seseorang sebelum menganut agama Islam yang murni seharusnya melalui pelbagai proses seperti pengajian formal ataupun merujuk kepada mereka yang ahli dan bukannya 'hentam keromo' atau ikut-ikutan semata (taklid). Lahirnya buku seumpama ini justeru memiliki erti tersendiri bagi para pembaca dalam mempertingkatkan kefahaman Islam di samping sebagai perbandingan dan kajian.

view more

Donate this book to your selected Charity