Dalam Hati Ada Kasih

BX Price:
RM 2.90

RRP: RM 15.90

Savings: RM 13.00 (82%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

KEHADIRAN Doktor Najwa bertugas di daerah pedalaman telah menimbulkan resah di hatiAin Syazwana seorang gadis cacat akibat kemalangan semasa menemani Nukman menghadiri ujian ke maktab perguruan, Nukman yang bekerja membawa penumpang berulang-alik di sungai pendalaman banyak memberi sumbangan di daerah itu. Kemunculan doktor muda itu sedikit sebanyak telah merenggangkan hubungan kasih antara Ain Syazwana dengan Nukman. Namun niat Nukman yang ikhlas hendak menolong Doktor Najwa menggunakan perahunya untuk ke tempat dia bekerja telah disalaherti oleh Ain Syazwana. Dia menuduh Nukman curang. Sementara itu, Jufri teman Doktor Najwa sering mencemburui hubungan baik yang terjalin. Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Nukman namun Doktor Najwa tidak mempercayainya. Hubungan baik antara Doktor Najwa dan Nukman turut dicemburui Malik, anak penghulu di pedalaman itu. Malik dan kawan baiknya, Taufik merancang menghalang Nukman menghantar doktor muda itu dengan membakar perahunya namun percubaan itu gagal. Malah Malik tercedera. Motosikal yang ditunggangi dengan Taufik terbalik di satu selekoh tajam. Pelbagai konflik dialami oleh Nukman untuk mempertahankan cintanya kepada Ain Syazwana. Ain Syazwana telah hilang kepercayaan terhadap Nukman kerana keadaan dirinya yang cacat. Hubungan mereka kini umpama retak menanti belah. Jufri pula tidak jemu-jemu menagih cinta Doktor Najwa . Apa yang terjadi terhadap Nukman, Ain Syazwana, Doktor Najwa dan Jufri. Mampukah kebahagiaan mereka dikembalikan semula?

view more

Donate this book to your selected Charity