• AGAMA LAWAN AGAMA

Agama Lawan Agama

by: Ali Shariati
BX Price:
RM 17.90

RRP: RM 35.00

Savings: RM 17.10 (49%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Religion vs Religion merupakan rangkuman dua syarahan yang disam paikan oleh asy-syahid Dr Ali Shariati di Pusat Husayniyah di Tehran pada 12 dan 13 Ogos, 1970. Syarahan tersebut mengetengahkan tesis utama bahawa dalam sejarah manusiawi. pertembungan yang berlaku adalah antara agama dengan agama; dan bukannya dengan yang bukan-agama seperti yang disangka laitu. tauhid, yang mengimani hanya Tuhan yang satu, yang juga dinamai ad-deenul hanif, terpaksa berhadapan disepanjang sejarah dengan agama yang menentang akan Tuhan yang satu, atau meyakini ketiadaan Tuhan, atau pertentangan dengan agama yang mempercayai akan kewujudan banyak Tuhan, yang akhirnya membawa kepada kesyirikan dan keberhalaan. Buku ini telah berjaya menyemarakkan semula api kecintaan kepada agama, dengan membawa ribuan golongan muda kembali pada keimanan dan keyakinan pada Tuhan. Sesungguhnya teori teologi pembebasan - liberation theology - yang dibawa Shariati adalah bersandarkan bahawa intipati daripada prinsip ini adalah bahawasanya, humanisme itu mustahil tanpa dimensi spiritual yang mentakrifkan manusia itu sendiri. Humanisme yang sebenarnya adalah merupakan satu set nilai yang membentuk moral, warisan budaya dan agama dalam kerangka asal manusia itu sendiri. Lantaran itulah mereka yang memandang adanya pertelingkahan antara agama dan pembebasan sebenarnya tidak memahami dialektika Tauhid itu sendiri, laitu suatu keyakinan yang memertabatkan keesaan Tuhan yang dengan sendirinya menolak segala bentuk kesyirikan dan, lantaran itu juga, penolakan terhadap sebarang idealisasi apa saja yang lain daripada Tuhan samada la berupakan materi, wang kekayaan mahupun kekuasaan. Dan hubungan antara manusia dengan Tuhannya yang satu ini mewujudkan suatu kesetaraan yang radikal yang pada mana setiap ahli teologi pembebasan Muslim itu patut merangka wacana politiknya. Teori dialektika Tauhid Shariati juga mengumpamakan bahawa apabila sesebuah masyarakat itu bersatu dalam kesetaraan dan keadilan, mereka sebenarnya telah menyerlahkan keesaan Tuhan yang satu. Maka apabila kesatuan sosial ini dibungkam ke dalam pelbagai kelas dan kasta, maka kesyirikanpun menyerlahkan dirinya dalam ruang keagamaan. Lantaran itu juga, maka perjuangan menentang ketidak-setaraan dan kezaliman di dalam dunia ini adalah sebenarnya suatu kewajipan beragama, kerana sesung guhnya ia bermatlamatkan penentangan terhadap kesyirikan dan keberhalaan itu sendiri.

view more

Donate this book to your selected Charity