{"product_id":"risik-sama-hati-9789673651801","title":"Risik Sama Hati","description":"\u003cp\u003eKalau cinta sudah melekat, gula batu rasa coklat?\u003cbr\u003e\nSaat mengenali Rizal Fahmi, Khaleeda tidak tahu apa istimewanya dia di mata Rizal. Dia cuma gadis biasa-biasa sahaja. Kerjaya pun tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan Rizal yang bakal menjadi pakar mata itu. Bukan dia tidak cuba mengelak. Namun makin ditepis, makin rapat Rizal datang menghimpit perasaan Khaleeda.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e“Kan sekarang ni kita dah berkawan. Kalau I tak anggap you sebagai kawan takkanlah I berani keluar\u003cbr\u003e\ndengan you hari ni.”\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eNamun lelaki bernama Rizal itu memang tak faham bahasa.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003e“I tahu you faham maksud I tu tapi you sengaja nak mengelak untuk jawab, kan? Untuk pengetahuan  you, I ni penyabar dan tidak kenal putus asa orangnya. I akan berusaha untuk tawan hati you. Percayalah, satu hari nanti you mesti jatuh ke tangan I.”\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eDan takdir menentu segala. Memang masin mulut Rizal apabila dia berjaya memperisterikan Khaleeda. Siapa yang tidak bahagia andai mimpi yang disulam menjadi kenyataan? Namun di celah-celah kebahagiaan yang baru dibina itu, jauh di sudut hati Khaleeda tersisip satu perasaan hampa. Selama mengenali Rizal, tidak pernah sekali pun lelaki itu meluahkan rasa sayangnya kepada Khaleeda. Saat segala rahsia terhurai, Khaleeda kelu seribu bahasa. Rizal mengahwininya hanya untuk menyelamatkan perkahwinan kakaknya, bukannya mencintai Khaleeda sepenuh hati.\u003c\/p\u003e","brand":"BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":41080399888590,"sku":"9789673651801","price":6.9,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0601\/0883\/2974\/products\/9789673651801_1_3daa1fb4-d467-4e07-aa8b-66467c4f193f.jpg?v=1648790277","url":"https:\/\/www.bookxcess.com\/products\/risik-sama-hati-9789673651801","provider":"BookXcess","version":"1.0","type":"link"}