{"product_id":"di-hatiku-kau-disitu-9789831248683","title":"Di Hatiku Kau Disitu","description":"\u003cp\u003eHAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah\u003cbr\u003e\nsedar diri, tetap bersikap hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa\u003cbr\u003e\nmerana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi papan\u003cbr\u003e\nsekeping. sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.\u003cbr\u003e\nKetika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul\u003cbr\u003e\nmerayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin\u003cbr\u003e\ndia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang\u003cbr\u003e\nSenang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah sampai lumat.\u003cbr\u003e\nSudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki idaman.\u003cbr\u003e\nNamun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata\u003cbr\u003e\n\"Ya!, selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat. Ketika fikirannya bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah\u003cbr\u003e\nberisteri, Iman tetap tidak sedar diri. Jemu dia berkata Tidak! tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia tersepit di tengah-tengah. Ah, siapakah yang harus dia pilih?\u003c\/p\u003e","brand":"BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":41080489705678,"sku":"9789831248683","price":6.9,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0601\/0883\/2974\/products\/9789831248683_2_895cf40c-e34a-4fa6-a914-f15219568417.jpg?v=1648790647","url":"https:\/\/www.bookxcess.com\/products\/di-hatiku-kau-disitu-9789831248683","provider":"BookXcess","version":"1.0","type":"link"}