{"product_id":"cinta-top-secret-9789831249567","title":"Cinta Top Secret","description":"\u003cp\u003ePengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eTugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eJade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka.\u003c\/p\u003e\n\n\u003cp\u003eEisya dalam dilema untuk menerima ‘tawaran cinta' kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!\u003c\/p\u003e","brand":"BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)","offers":[{"title":"Default Title","offer_id":41080490229966,"sku":"9789831249567","price":6.9,"currency_code":"MYR","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0601\/0883\/2974\/products\/9789831249567_001-page1_9ea8842d-86da-476a-b4c8-4713c3506d3f.jpg?v=1648790649","url":"https:\/\/www.bookxcess.com\/products\/cinta-top-secret-9789831249567","provider":"BookXcess","version":"1.0","type":"link"}