• Meneladani Kemuliaan Akhlak Rasulullah

Meneladani Kemuliaan Akhlak Rasulullah

BX Price:
RM 6.00

RRP: RM 13.00

Savings: RM 7.00 (54%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam hendaklah dikembalikan ke tengah-tengah umat Islam bertujuan untuk meluruskan kehidupan mereka dan seluruh umat manusia agar berakhlak mulia dan berkelakuan baik, sama ada kepada Allah, sesama manusia dan terhadap makhluk-makhluk lain, sehingga di dalam kehidupan umat Islam kini akan sentiasa diwarnai dengan moral agama atau budi yang luhur berdasarkan wahyu Allah.

Apabila ajaran-ajaran ini diikuti sepenuhnya, akan terjadilah perubahan di segi keagamaan, di mana umat Islam yang telah jauh menyimpang dari aqidah tauhid, akan kembali mengesakan Allah, menyembah dan beribadah kepadaNya, tanpa menyertakan sembahan dan peribadatan itu dengan sesuatu yang lain.

Baginda adalah suri teladan yang paling utama. Semua jejak dan langkahnya patut ditiru oleh umat Islam, tidak kira sama ada di segi ketaqwaan, kemasyarakatan mahupun politik. Dengan demikian, orang-orang yang di luar Islam dan anti-Islam menjadi sedar bahawa agama Islam bukan hanya mengatur masalah ukhrawi sahaja, tetapi turut menyusun masalah duniawi dengan saksama dan sempurna sehingga ia benar-benar dapat dijadikan pegangan hidup manusia.

Semoga Allah meredhai kita di dalam menegakkan kebenaran dan kebaikan melalui ajaran-ajaran Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, sehingga Islam benar-benar tegak sebagai agama yang luhur di bumi ini.

view more

Donate this book to your selected Charity