• Iqra'

Iqra'

BX Price:
RM 8.50

RRP: RM 10.00

Savings: RM 1.50 (15%)

NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

Amalan membaca al-Quran merupakan suatu keper luan dan juga tanggung jawab secara fardhu ain kepada umat Islam untuk mahir membaca al-Quran, apatah lagi memahami dan mengamalkannya. Justeru itu, bukan sahaja isi al-Quran yang menjadi panduan hidup manusia, malah membaca juga dapat menenangkan jiwa dan merupakan satu ibadat.

Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah me nyatakan bahawa "al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal, kerana membaca al Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak". (Yusof Qaradhawi, 2010) menegaskan antara manfaat membaca dan menghafal al-Quran pada masa kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj hurufnya.

Kaedah Mudah Belajar al-Quran "IQRA" merupakan kaedah yang mudah bagi kanak-kanak di peringkat awal untuk mengenal huruf dan mempelajari hukum-hukum tajwid berdasarkan kaedah BAGHDADIYAH yang sedia ada dan berpandukan penulisan RASM UTHMANI.

Dengan rasa penuh syukur kami terbitkan buku ini. Moga dapat membantu anak-anak lancar dalam mempelajari al-Quran.

view more

Donate this book to your selected Charity