Nasihat Buat Diri

BX Price:
RM 10.00
NOTIFY
DONATION Generated with Avocode.<Path><Path>

SHARE THIS ON

Sold Out

PRODUCT OVERVIEW

product description

"Harus difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.

Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak iu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya.

Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan.

Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikannya kepada kamu."

Ini adalah buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati. Buku berbentuk motivasi ini ditulis oleh Nur Mohamad Adli Rosli. Kesemua kandungannya didapati dari kebanyakan kuliah yang disampaikan oleh Habib Ali Zainal Abidin.

Buku ini mengumpulkan 40 nasihat, merupakan kesinambungan dari judul bestseller: Nasihat Buat Hati.

Adli Rosli adalah pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Anak kelahiran dari Kuantan, Pahang ini dilahirkan pada 25 Mei 1990. Beliau bergiat aktif dalam penganjuran majlis-majlis Talaqqi juga dilantik sekarang ini sebagai Pengerusi Majlis Ta’lim An-nur, iaitu sebuah organsasi pengajian kitab-kitab agama di bawah bimbingan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll As-Senariy.

view more

Donate this book to your selected Charity